PENDIDIKAN ALAM BAGIAN 2
-
7.
Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam
Sekitar Terdapat tiga elemen penting dalam pendekatanpembelajaran
Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi dasar ataupun asas kepada
perancangan kurikulumPendidikan Alam Sekitar iaitu Pendidikan mengenai
alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar danpendidikanmelalui ataupun
dalam alam sekitar itu sendiri (Kartini Abdul Mutalib,2008).
Modul Pendidikan Alam Sekitar Kursus Pendek Kelolaan
Maktab.
-
8.
Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam
SekitarMenurut Palmer dan Neal (1994), ketiga-tiga elemen iniiaitu
pendidikan untuk alam sekitar, pendidikanmengenai alam sekitar serta
pendidikan melalui alamsekitar merupakan komponen yang saling kait
mengait.Saling hubungan antara ketiga-tiga elemen perludifahami dan
diambilkira semasa membina kurikulumPendidikan Alam Sekitar.
-
9.
Tiga elemen pendekatan Pendidikan Alam Sekitar Model Palmer dan Neal (1994)
-
10.
Model Palmer dan Neal (1994) menegaskan bahawa
pendidikan mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan
tentang alam semula jadi dan sistem semula jadi mengunakan aktiviti
penyelidikan danjuga untuk membentuk pemahaman terhadap alam sekitar,
nilai alam sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi
dan manusia.
-
11.
Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah
berhubung dengan perkembangan sikap dan nilai menyayangi alam sekitar
termasuk elemen kefahaman manusia dantingkah laku. Pendidikan untuk alam
sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada hubungan
dengan alamsekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan
kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat
terhadap alam sekitar.
-
12.
Pendidikan melalui atau dalam alam sekitarpula
bertujuan untuk membolehkanperkembangan pengetahuan,
aktivitipenyelidikan oleh kanak-kanak,membentuk pengalaman individu
dankemahiran menyiasat serta komunikasidi kalangan pelajar berlaku
dengan cara menggunakan alam sekitarsebagai alat dan sumber
pembelajaran.Komponen ini adalah sebahagian daripadakedua-dua Pendidikan
Alam Sekitar secaraformal dan bukan formal.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar