Minggu, 16 November 2014

PENDIDIKAN ALAM BAGIAN 2

  • 7. Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar Terdapat tiga elemen penting dalam pendekatanpembelajaran Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi dasar ataupun asas kepada perancangan kurikulumPendidikan Alam Sekitar iaitu Pendidikan mengenai alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar danpendidikanmelalui ataupun dalam alam sekitar itu sendiri (Kartini Abdul Mutalib,2008). Modul Pendidikan Alam Sekitar Kursus Pendek Kelolaan Maktab.
  • 8. Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam SekitarMenurut Palmer dan Neal (1994), ketiga-tiga elemen iniiaitu pendidikan untuk alam sekitar, pendidikanmengenai alam sekitar serta pendidikan melalui alamsekitar merupakan komponen yang saling kait mengait.Saling hubungan antara ketiga-tiga elemen perludifahami dan diambilkira semasa membina kurikulumPendidikan Alam Sekitar.
  • 9. Tiga elemen pendekatan Pendidikan Alam Sekitar Model Palmer dan Neal (1994)
  • 10. Model Palmer dan Neal (1994) menegaskan bahawa pendidikan mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan tentang alam semula jadi dan sistem semula jadi mengunakan aktiviti penyelidikan danjuga untuk membentuk pemahaman terhadap alam sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi dan manusia.
  • 11. Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia dantingkah laku. Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alamsekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap alam sekitar.
  • 12. Pendidikan melalui atau dalam alam sekitarpula bertujuan untuk membolehkanperkembangan pengetahuan, aktivitipenyelidikan oleh kanak-kanak,membentuk pengalaman individu dankemahiran menyiasat serta komunikasidi kalangan pelajar berlaku dengan cara menggunakan alam sekitarsebagai alat dan sumber pembelajaran.Komponen ini adalah sebahagian daripadakedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secaraformal dan bukan formal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar