PENDIDIKAN ALAM SEKITAR BAGIAN 1
-
1.
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (ASK 2202W) TAJUK 11:PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM
-
2.
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM1.
Matlamat dan objektif Pendidikan Alam Sekitar 2. Konsep Pendekatan
Sekolah secara menyeluruh 3. Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam
Sekitar 4. Nilai-Nilai Murni Alam Sekitar5. Strategi Perlaksanaan
Pendidikan Alam Sekitar
-
3.
Matlamat Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah
Membentuk pelajar yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam
sekitar Memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen
untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah
penyelesaian isu-isu alam sekitar.
-
4.
Objektif Pendidikan Alam Sekitar Di
SekolahObjektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar: mendapat
pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan
masalahnya. lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan
masalah yang berkaitan dengannya. memperoleh nilai, memupuk sikap yang
positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara
aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. memahami
bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan
sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang. menguasai
kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan
penyelesaiannya. berpeluang melibatkan diri secara aktif dan
penyelesaian masalah alam sekitar.
-
5.
Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh
Merujuk kepada penglibatan warga sekolah termasuk pihak pentadbir, staf
sokongan, guru- guru dan para pelajar sekolah. Proses membudayakan
Pendidikan Alam Sekitar kepada warga sekolah dengan menerapkan nilai
murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan
penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang
selaras dengan konsep pembangunan lestari. Merupakan payung kepada
aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan
di sekolah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar